Sunday, January 31, 2010

APAKAH URUT REFLEKSI?

Maksud daerah refleksi adalah titik pusat urat-urat saraf. Tiap-tiap titik tersebut ada hubungannya dengan organ tubuh tertentu. Daerah refleksi ini sebenarnya terdapat di seluruh tubuh. Tapi dalam kesempatan ini yang kita hendak bincangkan ialah daerah refleksi yang terdapat pada kaki.

Mengurut atau memicit daerah refleksi akan melancarkan peredaran darah orang yang diurut. Khasiat dan faedahnya telah terbukti dengan nyata. Sebagai contoh, jika anda mengurut jari tengah kaki anda, maka jari tengah tangan akan merasa panas. Ini membuktikan bahawa daerah refleksi jari tangan terdapat di jari tengah kaki. Sebenarnya, kalau manusia hendak menuruti kehendak alam, berjalan di atas tanah yang kasar dan berbatu tanpa beralas kaki, maka daerah refleksi yang terdapat di bawah kaki akan tertekan hingga tergerak fungsinya.

Tetapi setelah keadaan manusia berubah, iaitu tidak lagi berjalan di atas jalan yang kasar, melainkan berjalan di atas jalan yang bertar, licin serta halus dan memakai kasut pula, maka lama-lama kaki mereka dihimpit oleh kasut yang mereka pakai. Jika kaki mereka terhimpit seperti itu, maka dengan sendirinya peredaran darah mereka pun akan terganggu dan terkadang bahkan kaki yang terhimpit itu menjadi sejuk. Lebih teruk lagi, daerah refleksi yang terdapat di kaki orang berkenaan akan terkekang sehingga tidak dapat berfungsi secara normal.

No comments:

Post a Comment