Sunday, January 31, 2010

APAKAH BEKAM?

Pada dasarnya bekam bukanlah digolongkan kepada perubatan, kerana dalam kaedah bekam tidak menggunakan ubat, tiada jarum suntikan dan juga tiada pembedahan. Oleh itu, sudah pasti ianya tiada kesan sampingan. Bekam digolongkan kepada ‘terapi’ untuk penyembuhan penyakit dengan cara membuang penyebab kepada penyakit tersebut iaitu darah kotor atau toksik.

Bekam dalam Bahasa Arab dikenal dengan hijamah dan Bahasa Inggeris cupping adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin dan kedua-duanya sekali dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu seperti tanduk, buluh, cawan dan lain-lain.

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Tarmizi dari Ibnu Mas’ud, Nabi bersabda yang bermaksud:
“ Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pada malam aku diisrakmikrajkan melainkan mereka berkata; ‘Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk berbekam.’ ”
Dalam hadis yang lain juga dinyatakan bahawa ketika nabi hendak kembali dari israk mikraj, malaikat berkata kepada Nabi sambil menyampaikan perintah untuk berbekam; “ini hadiah dari Allah untukmu”

Dari hadis di atas dapat difahami dengan jelas bahawa kedudukan bekam sangat tinggi sekali dalam Islam, sehingga penerimaan perintah untuk berbekam itu tidak boleh diterima di bumi, tapi harus diterima di langit. Diselarikan dengan perintah untuk solat.

2 comments:

  1. i miss uolls..selamat hari raya..aidilfitri maaf zahir dan batin..nanti ada open house panggilah..atau..nak keluar makan bersama saya pun boleh..hahahah...

    ReplyDelete
  2. JTG - Casino Host Services & Host Services - JTG.Hub
    JTG.com provides a full, professional, and 김제 출장샵 dependable 당진 출장안마 live gaming experience that lets 구리 출장마사지 you 군포 출장안마 experience the 김천 출장안마 excitement of gaming at the JTG venue.

    ReplyDelete